Assalamualaikum w.b.t. di sini ingin saya berkongsi sedikit ilmu mengenai perkakasan komputer.
Minggu ini pula kami perlu menyiapkan tugasan iaitu menyenaraikan nama sebenar perkakasan komputer daripada nama singkatannya.
Contoh nama-nama perkakasan komputer, beserta dengan gambar juga penerangan perkakasan komputer tersebut.
1) CPU : central processing unit / unit pemprosesan pusat.
- mengendalikan pemprosesan maklumat berdasarkan arahan yang diberi.
- komponen utama :- unit kawalan (mengawal operasi CPU berdasarkan isyarat kawalan)
- unit aritmetik & logik (operasi aritmetik: tambah, darab dsb)
(operasi logik: dan, atau, tak)
- daftar (ruang ingatan sementara untuk menyimpan keputusan pemprosesan & maklumat kawalan)
2) RAM : random access memory / ingatan capaian rawak.
Terdapat 2 jenis : statik (SRAM) & dinamik (DRAM)
SRAM - menyimpan data secara statik (walaupun kuasa dimatikan)
DRAM - mudah ternyahcas, maka perlu dicaskan semula setiap beberapa juta nanosaat untuk
mengelakkan kehilangan data.
3) Motherboard/mainboard / papan induk
- Papan induk berfungsi sebagai jantung sebuah komputer. Ia merupakan sebuah papan litar yang
besar dan terletak di bahagian bawah casis setiap unit setiap komputer. Papan induk ini diperbuat
daripada kepingan kaca serat yang berwarna hijau dan di atasnya pula dipenuhi dengan cip,
perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya, papan induk adalah merupakan
tempat bergantungnya segala komponen bagi sebuah komputer.
4) Modem
- Modem adalah singkatan bagi modulator-demolator. Ini adalah proses di mana isyarat berbentuk
digital yang dihasilkan oleh komputer dialihkan kepada isyarat berbentuk gelombang supaya ia dapat
dihantar menerusi talian telefon dan juga sebaliknya iaitu berkemampuan untuk mengalihkan isyarat
gelombang kepada isyarat lain.
5) Hard disk / careka keras
- Careka keras adalah sekeping logam tetap yang menyimpan data sebagai bintik magnetik. Setiap
kepingan logam itu itu disadur dengan ferum oksida. Keseluruahan unit cakera keras dibungkus
dalam kotak dimeterai, yang di dalamnya terdapat cakera keras, satu set pemacu cakera & motor
yang memutarkan cakera. Ini berbeza dengan cakera liut cakera & pemacu cakera terasing. Unit
yang mempunyai satu kepala baca/tulis, satu lengan capaian & satu keping cakera yang termeterai
juga dikenali sebagai Pemacu Cakera Winchester (Wincester Hard Drives)
6) Mikropemprosesan
- Mikropemproses atau CPU ialah sebuah cip berbentuk segi empat bujur yang dipasang pada
bahagian atas sebelah kanan papan induk. Fungsi utamanya di dalam sebuah komputer ialah
memproses data dan maklumat yang diterima daripada peranti input. Kita boleh mengenalpasti cip
ini dengan memerhatikan aksara yang tertulis pada cip berkenaan yang mana menunjukkan kelajuan
& jenis litar bersepadu yang digunakan.
7) Pendrive
- USB Pen Drive atau Cakera Flash USB mengambil alih peranan disket yang suatu ketika dahulu
digunakan sebagai tempat simpanan data luaran yang mudah di bawa ke mana-mana. USB Pen
Drive mempunyai kapisiti yang lebih tinggi daripada disket dan bentuk fizikalnya juga lebih kecil dan
ringan berbanding disket. Dalam, dunia teknologi hari ini, ia merupakan alat yang sangat penting
dalam kehidupan seharian kita sama ada untuk pekerjaan dan sebagainya. Ia boleh digunakan untuk
melarikan program-program komputer secara terus daripadanya seperti OpenOffice,Mozilla Firefox
dan lain-lain.
8) Mouse / tetikus
- tetikus ialah satu alat yang digunakan dengan menggunakan tangan untuk menggerakkan penanda
(kursur) keseluruh bahagian skrin monitor. Reka bentuk tetikus ini terdiri daripada satu bola berat
yang diperbuat daripada getah yang akan berpusing bila tetikus digerakkan. Tetikus terbahagi
kepada 3 iaitu serial mouse, wireless mouse dan optical mouse.
9) Keyboard / papan kekunci
- untuk memasukkan data
- Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakkan papan kekunci adalah
penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia
biasanya mempunyai 101 kekunci. Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip
yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kunci mekanik pada mesin taip.
Untuk memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak
di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar & lambat ditaip.
Penyusunan papan kekunci QWERTY ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu.
10) Printer / pencetak
- Antara semua peranti output yang digunakan dalam perniagaan, pencetak adalah yang paling biasa
digunakan. Ia menyediakan pengguna untuk rekod data tampak yang kekal output dari komputer.
Ia adalah salah satu peranti output yang berkeupayaan untuk menghasilkan laporan & dokumen
perniagaan. Pencetak telah dibangunkan dan berkebolehan mencetak sehingga 150 hingga lebih
20,000 baris per minit dengan setiap baris mempunyai hingga 150 aksara.
11) Scanner / pengimbas
- Alat pengimbas ini boleh dianggap sebagai terbalik fungsi pencetak(printer). Pencetak menjalankan
tugas menukar data atau maklumat digital kepada keluaran pada kertas manakala pengimbas
(scanner) pula menukarkan keluaran kertas kepada data atau maklumat digital untuk digunakan
oleh komputer. Ia boleh digunakan untuk menyalin gambar kepada isyarat digital untuk
dimasukkan ke dalam komputer.
12) Joystick / kayu ria
- sebuah peranti dengan kayu yang boleh pusing dari beberapa butang untuk mengawal pergerakan
kursor. Ini berguna untuk permainan video seperti menembak musuh, menembak roket dsb.
13) Monitor
- Memaparkan maklumat yang kelihatan di atas skrin. Maklumat yang biasa dipaparkan di atas skrin
adalah :
(gambar, permainan komputer, tayangan filem)
14) Memory card / kad ingatan :
- Kad ingatan atau kad ingatan kilat adalah sejenis storan komputer yang menggunakan ingatan kilat
dan digunakan secara meluas di dalam peralatan elektronik digital seperti telefon bimbit, kamera
digital, pemain audio digital dan konsol permainan video. Kadang-kadang ia juga dipanggil
"mem-card" dikalangan pengguna. Kad ingatan pernah dicadangkan sebagai pengganti kepada
cakera liut, tetapi pemacu kilat USB telah pun mengambil alih perana sebagai pengganti cakera liut.
Hari ini, hampir kesemua komputer riba model terbaru disertakan dengan pembaca kad ingatan
yang serasi dengan pelbagai format kad ingatan yang terdapat di pasaran.
15) Speaker / pembesar suara
- Pembesar suara merupakan transduser elektroakustik yang menukar isyarat elektrik kepada bunyi.
Pembesar suara menolak satu perantaraan menurut denyutan isyarat elektrik, dengan itu
menyebabkan gelombang bunyi terhasil dari mana ia boleh diterima oleh telinga. Pembesar suara
(dan transduser elektroakustik yang lain) ialah unsur paling banyak kepelbagaian dalam sistem
audio moden dan biasanya bertanggungjawab bagi kebanyakkan perbezaan bunyi apabila
membanding sistem-sistem berlainan.
Sekian sahaja nukilan dan coretan ini. Jikalau ade yang terkurang itu datang dari kelemahan diri saya sendiri yang sering dahagakan ilmu... =)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan