Khamis, 27 Disember 2012

5 DISEMBER 2012 (Minggu keempat sesi kedua)

Assalamualaikum w.b.t. ,,pada ruangan kali ini ingin saya menyambung kembali sambungan nukilan refleksi saya pada minggu yang sama tetapi berbeza waktu dan hari iaitu hari rabu jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Refleksi ini sambungan daripada kelas sesi pertama kami pada hari isnin.

Pada ruangan refleksi saya kali ini, ingin saya berkongsi sedikit ilmu apa yang telah saya pelajari dalam pertemuan kuliah yang lepas. Iaitu kami mempelajari sesuatu yang berlainan daripada pertemuan kuliah sebelum ini, tentang cara-cara pemasangan perkakasan komputer. Terdapat dua cara pemasangan perkakasan komputer. Cara-caranya adalah seperti berikut :

STEP 1

CASING ==> POWER SUPPLY ==> MAINBOARD = 1. CPU + HEAT SINK + FAN
                                                                                2. RAM (Random Access 
                                                                                    Memory)
                                                                                3. CABLE MAINBORD
                                                                                4. CABLE MONITOR

STEP 2

MOTHERBOARD ==> 1. HARD DISK + CABLE IDEA/SATA + CABLE POWER
                                   2. CD/DVD ROM + CABLE IDEA/SATA + CABLE POWER
                                   3. FLOPPY DRIVE + CABLE FDC + CABLE POWER
                                   4. KEYBOARD
                                   5. MOUSE

Di sini kamu boleh menyaksikan aktiviti pemasangan perkakasan komputer melalui video di bawah




LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN RAM (Random Access Memory)

Sebelum itu, kita diingatkan supaya mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa melakukan pemasangan perkakasan komputer. Langkah paling utama - pastikan suis komputer dimatikan terlebih dahulu sebelum aktiviti pemasangan dilakukan. Pegang RAM dengan cermat, seperti dalam gambar yang akan ditunjukkan, hanya pegang di bahagian tepi RAM sahaja.




Gambar di atas menunjukkan klip kiri dan kanan yang ada pada slot RAM yang harus kita buka untuk memasang RAM.





Sebelum itu, kita perlulah mengenal pasti dahulu susunan slot keutamaan pemasangan RAM. Tapi bagi sesetengah motherboard, kita perlu memasang RAM mengikut keutamaan slot supaya ia dapat berfungsi dengan baik.
Rujuk gambar di atas..






Selepas itu, langkah seterusnya kita perlu mngenalpasti penanda untuk notch RAM seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Ini penting kerana supaya kita tidak tersilap semasa melakukan aktiviti pemasangan RAM pada motherboard.






Langkah seterusnya setelah mengenalpasti penanda untuk notch RAM, barulah kita melakukan aktiviti pemasangan RAM. Pertama sekali, pegang sisi RAM dengan cermat. Setelah itu, masukkan RAM ke alur RAM dengan betul. Pastikan arah RAM adalah betul dengan melihat kedudukan notch RAM. Sesudah itu, pastikan juga slot RAM utama yang perlu digunakan terlebih dahulu.







Seperti gambar yang di atas, apabila kita memasukkan RAM pada slotnya, kita perlu sedikit tekanan untuk menolak masuk RAM pada slotnya dengan menggunakan 2 ibu jari. Jikalau ada masalah semasa melakukan aktiviti pemasangan RAM, kita perlulah memeriksa semula kedudukan RAM.




Langkah terakhir sekali, jika pemasangan RAM dilakukan dengan betul, RAM itu mestilah rapat ke dalam slot RAM. Klip RAM yang berada ditepi juga akan tertutup atau terkunci dengan sendirinya sekiranya proses pemasangan RAM dilakukan dengan betul dan tepat mengikut langkah-langkah yang ditetapkan.

ataupun kamu boleh melihat aktiviti pemasangan ini melalui video yang saya paparkan ini : 







LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN PROCESSOR

1. Saya yakin, ramai yang boleh mengenali processor seperti gambar di bawah. Pastikan 
   anda memegang processor ini dengan berhati-hati. Cuba elakkan daripada memegang 
   processor pada bahagian kakinya, tetapi pegang pada bahagian sisi processor.
   Kaki processor ini sangat lembut, mudah patah ataupun menjadi bengkok. Maklum 
   sahajalah, processor adalah komponen komputer yang termahal, pasti ianya adalah 
   komponen komputer yang sangat sensitif. 




    
2. Ini pula adalah soket processer pada motherboard, tempat di mana processer sepatutnya 
    dipasang.
    Lihat seperti gambar di bawah.





3. Buka klip soket processer seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.



4. Lihat semula processer tadi. Kenalpasti tanda arah kedudukan processer yang betul :

    a) 1 kaki processer yang missing..



b) Tanda anak panah / segitiga dibucu processer seperti yang ditunjukkan dalam gambar di
bawah.



c) Tanda lekuk di sisi processer dalam bulatan merah pada gambar di bawah.



5. Kenalpasti pula padanan tanda kedudukan processor tadi di soket processor pada
    motherboard.




6. Letakkan silikon penyejuk (sedikit sahaja) di atas processor. Tujuan silikon penyejuk 
    adalah supaya kepanasan/haba pada processor dapat diserap dengan baik kepada kipas
    processor yang akan dipasang nanti. (Sebenarnya anda boleh letakkan silikon penyejuk 
    ini selepas pemasangan processor nanti, tetapi saya tunjukkannya sekarang supaya 
    kualiti gambar lebih terang).




7. Letakkan processer di atas soket processer pada motherboard, mengikut tanda arah
    kedudukan processor tadi. PASTIKAN ANDA TIDAK TEKAN PROCESSOR INI SEPERTI 
    PEMASANGAN RAM, HANYA LETAKKANNYA SAHAJA!
    Daripada gambar di bawah, perhatikan tanda "anak panah / segitiga" dan "lekuk di sisi 
    processor" dipasangkan dengan tanda yang betul di soket processor.
    





8. Tutup processor dengan klip soket. Processor akan dikunci sekali apabila klip soket ditekan. Lihat
    gambar di bawah.




Maka selesai akhirnya aktiviti pemasangan processer.

Sumber dipetik daripada : http://sufian.info/2010/04/panduan-pemasangan-processor-siri-2/

ataupun kamu boleh melihat aktiviti pemasangan ini melalui video yang saya paparkan ini :





Sekian sahaja perkongsian dalam refleksi saya pada kali ini.



Isnin, 10 Disember 2012

3 DISEMBER 2012 (Minggu keempat)

Assalamualaikum w.b.t. pada minggu ini kelas GERKO (IT) kami dibuat sebanyak 3 kali iaitu pada hari isnin 3hb pukul 10.00-11.00 pagi, hari rabu 5hb seperti biasa cuma diubah waktunya iaitu pukul 2.00-3.00 petang dan hari khamis 6hb pukul 10.00-11.00 pagi..

Pada ruangan kali ini, ingin saya hadapankan dahulu nukilan saya tentang apa yang saya pelajari dan menelaah pada hari isnin iaitu kami sekelas perlu melakukan pembentangan tugasan yang perlu kami laksanakan pada minggu pertama. Kumpulan saya malakukan pembentangan tentang handycam serta spesikasinya. Manakala pelajar perempuan mempunyai 2 kumpulan. Kumpulan pertama daripada dua kumpulan tersebut melakukan pembentangan tentang kamera serta spesikasinya. Manakala kumpulan kedua melakukan pembentangan tentang handphone serta spesikasinya. Selepas selesai melaksanakan pembentangan, kami ditayangkan suatu video yang daripadanya terdapat suatu impak atau kesan mengenai sesuatu. Selepas itu, kami perlu mencari apa sahaja video seperti yang dipertontonkan kepada kami. Pada pertemuan akan datang, setiap kumpulan akan mempersembahkan video tersebut.

Jumaat, 7 Disember 2012

29 NOVEMBER 2012 (Minggu ketiga)

Assalamualaikum w.b.t. di sini ingin saya berkongsi sedikit ilmu mengenai perkakasan komputer.

Minggu ini pula kami perlu menyiapkan tugasan iaitu menyenaraikan nama sebenar perkakasan komputer daripada nama singkatannya.
Contoh nama-nama perkakasan komputer, beserta dengan gambar juga penerangan perkakasan komputer tersebut.

1) CPU : central processing unit / unit pemprosesan pusat.
    - mengendalikan pemprosesan maklumat berdasarkan arahan yang diberi.
    - komponen utama :- unit kawalan (mengawal operasi CPU berdasarkan isyarat kawalan)
    - unit aritmetik & logik (operasi aritmetik: tambah, darab dsb)
      (operasi logik: dan, atau, tak)
    - daftar (ruang ingatan sementara untuk menyimpan keputusan pemprosesan & maklumat kawalan)

2) RAM : random access memory / ingatan capaian rawak.
    Terdapat 2 jenis : statik (SRAM) & dinamik (DRAM)
    SRAM - menyimpan data secara statik (walaupun kuasa dimatikan)
    DRAM - mudah ternyahcas, maka perlu dicaskan semula setiap beberapa juta nanosaat untuk
                 mengelakkan kehilangan data.


3) Motherboard/mainboard / papan induk
    - Papan induk berfungsi sebagai jantung sebuah komputer. Ia merupakan sebuah papan litar yang
      besar dan terletak di bahagian bawah casis setiap unit setiap komputer. Papan induk ini diperbuat
      daripada kepingan kaca serat yang berwarna hijau dan di atasnya pula dipenuhi dengan cip,
      perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya, papan induk adalah merupakan
      tempat bergantungnya segala komponen bagi sebuah komputer.


4) Modem
    - Modem adalah singkatan bagi modulator-demolator. Ini adalah proses di mana isyarat berbentuk
      digital yang dihasilkan oleh komputer dialihkan kepada isyarat berbentuk gelombang supaya ia dapat
      dihantar menerusi talian telefon dan juga sebaliknya iaitu berkemampuan untuk mengalihkan isyarat
      gelombang kepada isyarat lain.


5) Hard disk / careka keras
    - Careka keras adalah sekeping logam tetap yang menyimpan data sebagai bintik magnetik. Setiap
      kepingan logam itu itu disadur dengan ferum oksida. Keseluruahan unit cakera keras dibungkus
      dalam kotak dimeterai, yang di dalamnya terdapat cakera keras, satu set pemacu cakera & motor
      yang memutarkan cakera. Ini berbeza dengan cakera liut cakera & pemacu cakera terasing. Unit
      yang mempunyai satu kepala baca/tulis, satu lengan capaian & satu keping cakera yang termeterai
      juga dikenali sebagai Pemacu Cakera Winchester (Wincester Hard Drives)

6) Mikropemprosesan
    - Mikropemproses atau CPU ialah sebuah cip berbentuk segi empat bujur yang dipasang pada
      bahagian atas sebelah kanan papan induk. Fungsi utamanya di dalam sebuah komputer ialah
      memproses data dan maklumat yang diterima daripada peranti input. Kita boleh mengenalpasti cip
      ini dengan memerhatikan aksara yang tertulis pada cip berkenaan yang mana menunjukkan kelajuan
      & jenis litar bersepadu yang digunakan.



7) Pendrive
    - USB Pen Drive atau Cakera Flash USB mengambil alih peranan disket yang suatu ketika dahulu
      digunakan sebagai tempat simpanan data luaran yang mudah di bawa ke mana-mana. USB Pen
      Drive mempunyai kapisiti yang lebih tinggi daripada disket dan bentuk fizikalnya juga lebih kecil dan
      ringan berbanding disket. Dalam, dunia teknologi hari ini, ia merupakan alat yang sangat penting
      dalam kehidupan seharian kita sama ada untuk pekerjaan dan sebagainya. Ia boleh digunakan untuk
      melarikan program-program komputer secara terus daripadanya seperti OpenOffice,Mozilla Firefox
      dan lain-lain.


8) Mouse / tetikus
    - tetikus ialah satu alat yang digunakan dengan menggunakan tangan untuk menggerakkan penanda
      (kursur) keseluruh bahagian skrin monitor. Reka bentuk tetikus ini terdiri daripada satu bola berat
      yang diperbuat daripada getah yang akan berpusing bila tetikus digerakkan. Tetikus terbahagi
      kepada 3 iaitu serial mouse, wireless mouse dan optical mouse.


9) Keyboard / papan kekunci
    - untuk memasukkan data
    - Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakkan papan kekunci adalah
      penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia
      biasanya mempunyai 101 kekunci. Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip
      yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kunci mekanik pada mesin taip.
      Untuk memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak
      di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar & lambat ditaip.
      Penyusunan papan kekunci QWERTY ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu.


10) Printer / pencetak
      - Antara semua peranti output yang digunakan dalam perniagaan, pencetak adalah yang paling biasa
        digunakan. Ia menyediakan pengguna untuk rekod data tampak yang kekal output dari komputer.
        Ia adalah salah satu peranti output yang berkeupayaan untuk menghasilkan laporan & dokumen
        perniagaan. Pencetak telah dibangunkan dan berkebolehan mencetak sehingga 150 hingga lebih
        20,000 baris per minit dengan setiap baris mempunyai hingga 150 aksara.


11) Scanner / pengimbas
      - Alat pengimbas ini boleh dianggap sebagai terbalik fungsi pencetak(printer). Pencetak menjalankan
        tugas menukar data atau maklumat digital kepada keluaran pada kertas manakala pengimbas
        (scanner) pula menukarkan keluaran kertas kepada data atau maklumat digital untuk digunakan
        oleh komputer. Ia boleh digunakan untuk menyalin gambar kepada isyarat digital untuk
        dimasukkan ke dalam komputer.

12) Joystick / kayu ria
      - sebuah peranti dengan kayu yang boleh pusing dari beberapa butang untuk mengawal pergerakan
        kursor. Ini berguna untuk permainan video seperti menembak musuh, menembak roket dsb.


13) Monitor
      - Memaparkan maklumat yang kelihatan di atas skrin. Maklumat yang biasa dipaparkan di atas skrin
        adalah :
        (gambar, permainan komputer, tayangan filem)


       
14) Memory card / kad ingatan :
      - Kad ingatan atau kad ingatan kilat adalah sejenis storan komputer yang menggunakan ingatan kilat
        dan digunakan secara meluas di dalam peralatan elektronik digital seperti telefon bimbit, kamera
        digital, pemain audio digital dan konsol permainan video. Kadang-kadang ia juga dipanggil
        "mem-card" dikalangan pengguna. Kad ingatan pernah dicadangkan sebagai pengganti kepada
        cakera liut, tetapi pemacu kilat USB telah pun mengambil alih perana sebagai pengganti cakera liut.
        Hari ini, hampir kesemua komputer riba model terbaru disertakan dengan pembaca kad ingatan
        yang serasi dengan pelbagai format kad ingatan yang terdapat di pasaran.


15) Speaker / pembesar suara
      - Pembesar suara merupakan transduser elektroakustik yang menukar isyarat elektrik kepada bunyi.
        Pembesar suara menolak satu perantaraan menurut denyutan isyarat elektrik, dengan itu
        menyebabkan gelombang bunyi terhasil dari mana ia boleh diterima oleh telinga. Pembesar suara
        (dan transduser elektroakustik yang lain) ialah unsur paling banyak kepelbagaian dalam sistem
        audio moden dan biasanya bertanggungjawab bagi kebanyakkan perbezaan bunyi apabila
        membanding sistem-sistem berlainan.

Sekian sahaja nukilan dan coretan ini. Jikalau ade yang terkurang itu datang dari kelemahan diri saya sendiri yang sering dahagakan ilmu... =)

Isnin, 26 November 2012

21 NOVEMBER 2012 (Minggu kedua)

Assalamualaikum,,pada minggu kali ini, kelas kami ditukar hari rabu kepada hari selasa waktunya ialah pada pukul 12.00-1.00 petang dan pada pukul 2.30-3.30. Pada kebiasaannya kelas kami hari rabu jam 3.00-5.00. Pada hari ini kami didedahkan dan diterangkan dengan lebih jelas lagi mengenai perkakasan yang berada di dalam komputer serta fungsi, cara pemasangan, dan kegunaannya untuk menjadikan komputer itu berfungsi secara baik mengikut kesesuaian format-format perkakasan yang ditetapkan. Pada pukul 2.30-3.30 pula, kami diberi peluang untuk membuat blogger bagi sesiapa yang masih tidak mempunyai blogger. Pada akhir kelas ini, kami diberi satu tugasan iaitu mencari nama singkatan yang ada pada perkakasan komputer yang telah kami pelajari besertakan gambar tersebut. Tugasan ini diberi kerana ketidak kehadiran pensyarah kami pada minggu ini.

Selasa, 20 November 2012

14 NOVEMBER (Minggu pertama)

Assalamualaikum..pada minggu ini saya didedahkan serba sedikit tentang pengenalan mengenai apa yang akan dipelajari dalam subjek gerko (IT) iaitu tentang perkakasan komputer, cara-cara pemasangan perkakasannya, membaik pulih komputer dan selainnya yang berkaitan dengan komputer.Pada minggu ini juga kami sekelas diberi dua tugasan iaitu yang pertama ialah membuat blogger.Dalam tugasan yang pertama ini, kami difahamkan setiap seorang mesti mempunyai sebuah blog dan di dalam blog tersebut kami harus melakukan refleksi pada setiap minggu yang berkaitan apa yang dipelajari pada setiap minggu yang dilalui.Tugasan yang kedua ialah kami sekelas harus mencari sesuatu bahan seperti alat-alat elektronik atau apa sahaja dan melakukan pembentangan dan menerangkan model, spesifikasi, ciri-ciri, kelebihan mengenai alat tersebut.